Monday, August 11, 2008

TAHAP PERTAMA : Sebelum Terapi Ruqyah

  1. Menyiapkan keadaan yang benar. Keluarkanlah gambar-gambar yang ada di dalam rumah, kerana dengan demikian malaikat akan berkenan masuk ke dalam rumah.

  2. Mengeluarkan serta membakar segala bentuk azimat yang ada pada orang yang terkena kerasukan tersebut.

  3. Membersihkan tempat dari lagu-lagu dan bunyi alat muzik.

  4. Membersihkan tempat dari perkara yang akan melanggar syariat, seperti orang lelaki yang memakai emas dan perempuan yang tidak tutup aurat.

  5. Memberi pelajaran tentang akidah kepada orang yang kerasukan jin tersebut serta keluarganya, sehingga menghapuskan rasa ketergantungan hatinya kepada selain Allah.

  6. Menjelaskan tentang cara pengubatan yang dilakukan tidaklah sama dengan pengubatan tukang sihir atau dukun, kemudian menjelaskan pula bahawa di dalam Al Qur'an terdapat ubat penawar serta rahmat, sebagaimana Allah S.W.T. telah berfirman :

    وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاء وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ وَلاَ يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إَلاَّ خَسَارًا


    Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-Ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadaNya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. (QS. Al-Isra' 17 : 82 )

  7. Memerhatikan keadaan dengan mengadakan beberapa pertanyaan kepada orang yang terkena kerasukan jin tersebut serta melihat tanda-tandanya. Pertanyaan-pertanyaan tersebut misalnya :
    • Apakah engkau melihat beberapa ekor binatang dalam mimpi?
    • Berapa ekor binatangkah yang kamu lihat?
    • Apakah dalam mimpimu itu ada binatang yang mengejarmu?
    • Apakah mimpimu itu adalah mimpi yang menakutkan?
    • Apakah mimpimu itu seolah-olah kamu merasakan akan jatuh dari tempat yang sangat tinggi?
    • Apakah dalam mimpimu itu kamu berjalan di tempat yang menakutkan?

    Teruskanlah dengan pertanyaan tentang semua tanda-tanda pada waktu tidur dan pada waktu sedar (jaga) sehingga kita yakin bahawa orang yang akan diubati itu memang benar-benar kerasukan jin. Dari pertanyaan-pertanyaan yang diberikan kita dapat mengira berapa jumlah jin yang menganggunya. Misalnya, setiap ia bermimpi ia selalu melihat dua ekor ular, ini bererti ada dua jin yang mengganggunya.

    Demikianlah jika jin yang ada di dalam tubuh seseorang itu tidak mahu berbicara. Akan tetapi jika telah dijelaskan tentang dirinya dan berkata melalui lidah orang yang kerasukan jin tersebut, maka tidak perlu lagi dilakukan pertanyaan-pertanyaan seperti tersebut di atas, kerana perkaranya sudah jelas.

  8. Sebelum melakukan pengubatan dianjurkan berwhuduk terlebih dahulu begitu juga jika ada orang yang bersama dengan anda.

  9. Jika yang akan diubati itu adalah seorang perempuan, janganlah anda memulai pengubatannya sebelum orang yang akan diubati itu berpakaian menutup aurat.

  10. Janganlah anda melakukan pengubatan terhadap seseorang perempuan jika tanpa disertai oleh muhrimnya.

  11. Janganlah anda memasukkan seorang perempuan (seperti ke dalam bilik) jika tanpa disertai oleh muhrimnya.

  12. Berdoalah kepada Allah, semoga Allah membantu anda untuk mengeluarkan jin dari tubuh orang yang sedang diubati tersebut.

No comments: