Monday, August 11, 2008

TAHAP KETIGA : Setelah Rawatan Terapi Ruqyah

Ini merupakan tahap yang mustahak bagi pesakit kerana pesakit pada masa ini terdedah pada kembalinya jin atau gangguan sihir padanya. Digalakkan pesakit agar mengamalkan beberapa amalan berikut :

  • Mendirikan solat berjemaah.
  • Menghindari dari mendengar muzik dan lagu-lagu sehingga menghayalkan.
  • Mengambil wudhu' dan membaca Ayatul Kursi sebelum tidur.
  • Membaca Bismillah pada setiap melakukan pekerjaan.
  • Membaca Surah Al Baqarah pada setiap tiga hari.
  • Membaca Surah Al Mulk sebelum tidur, jika tidak mampu membaca, cukup dengan mendengar bacaan ayat Surah tersebut.
  • Membaca Surah Yasin pada pagi hari atau mendengarnya.
  • Berteman dengan orang-orang yang dapat mendekatkan kita pada Allah dan menjauhi orang-orang yang dapat menjauhkan kita daripada Allah.
  • Diperintahkan agar wanita menutup aurat mengikut kewajipan kerana syaitan lebih dekat kepada wanita yang membuka auratnya.
  • Mendengar atau membaca Al-Quran setiap hari.
  • Tidak tidur sendirian.
  • Amalkan wirid-wirid pelindung yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.

ZIKIR-ZIKIR DAN DOA DIBACA OLEH PESAKIT SETELAH TERAPI RUQYAH
Baca doa ini setiap selesai Solat Subuh dan Asar.

AYAT DI BAWAH IN DIULANG BACAANNYA SEBANYAK TIGA KALI

Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari semua kejahatan yang dicipta-Nya.

Dari Abu Dawud dan Tirmidhi, Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa yang membaca doa ini tiga kali, tiada apa-apa malapetaka akan terjatuh ke atasnya."

2) Dan Baca doa ini.

AYAT DI BAWAH IN DIULANG BACAANNYA SEBANYAK TIGA KALI

Dengan nama Allah, yang dengan nama-Nya akan terhalanglah segala di bumi dan di langit, untuk menimpakan bencana, dan ia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.

Dari Ibn Hibban; Rasulullah SAW bersabda : "Hamba-hamba Allah yang membaca membaca doa ini pada waktu pagi dan petang tiga kali, tiada apa jua kesakitan akan dialaminya."

3) Kemudian Baca doa ini.

AYAT DI BAWAH IN DIULANG BACAANNYA SEBANYAK 100 KALI

Tiada Tuhan Melainkan Allah, Yang satu dan tiada sekutu bagi- Nya. Bagi-Nya segala kekuasaan, dan bagi-Nya segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Dia sangat berkuasa atas segala sesuatu.

Dari Bukhari, Muslim dan Malik, diriwayatkan oleh Abu Hurairah; Rasulullah SAW berkata, “Sesiapa membaca
ayat ini seratus kali sehari, pahalanya seperti memerdekakan sepuluh orang hamba, Seratus kebajikan dituliskan untuknya dan seratus keburukan dibuang darinya, dan menjadi benteng dari gangguan syaitan sepanjang hari.”

No comments: