Monday, August 11, 2008

SIFAT-SIFAT SEORANG MU'ALIIJ ( PERAWAT )

SIFAT-SIFAT YANG HARUS ADA BAGI ORANG YANG AKAN MELAKUKAN PENGUBATAN
  1. Harus beraqidah dengan aqidah generasi Salaf yang soleh, iaitu yang benar, bersih dan jernih.
  2. Harus merealisasian tauhid yang murni, baik dalam ucapan mahupun dalam perbuatan.
  3. Harus berkeyakinan bahawa firman Allah sangat berpengaruh untuk menghalau jin dan syaitan.
  4. Harus mengetahui hal ehwal jin dan syaitan.
  5. Harus mengetahui tempat-tempat pintu masuk jin dan syaitan ke dalam diri manusia.
  6. Seorang Mu'aliij ( perawat ) sebaiknya orang yang sudah menikah.
  7. Harus menjauhi hal-hal yang diharamkan, kerana dengan perkara yang haram tersebut syaitan menyerang manusia.
  8. Harus mengerjakan dan melaksanakan berbagai macam ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya, kerana amal tersebut akan dapat mengalahkan syaitan.
  9. Harus sentiasa mengingat Allah Yang Maha Agung, berzikir kepada-Nya, kerana zikir adalah merupakan benteng yang sangat kukuh dalam menghadapi syaitan yang terkutuk. Semuanya ini tidak akan dapat dilaksanakan jika tanpa mengetahui berbagai macam zikir dan doa harian sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W. serta sentiasa mengamalkannya, seperti doa masuk rumah dan masjid, doa keluar dari rumah dan masjid, doa waktu mendengar suara ayam berkokok, doa ketika mendengar suara keldai, doa pada waktu melihat bulan purnama, doa waktu naik kenderaan dan sebagainya.
  10. Harus sentiasa memagar diri dengan cara mendekatkan diri kepada Allah.
Secara umum semakin dekat seseorang kepada Allah, maka akan semakin jauh dari syaitan bahkan akan semakin kuat menghadapinya. Ketahuilah, jika anda mampu menghadapi ( mengendalikan ) diri anda, maka anda akan lebih mampu menghadapi syaitan yang lainnya. Akan tetapi jika anda tidak mampu menghadapi ( mengedalikan ) diri anda dan syaitan anda maka anda tidak akan mampu menghadapi lainnya.

Firman Allah di dalam Al-Quran Surah An-Nahl dari ayat 99 hingga ayat 100.


Sesungguhnya syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka. ( 99 )
Sesungguhnya pengaruh syaitan itu hanyalah terhadap orang-orang yang menjadikan dia peminpin mereka dan orang-orang yang dengan sebab hasutannya melakukan syirik kepada Allah. ( 100 )

No comments: